Monday, July 16, 2018

Itinerari DIY Trip 7 Hari Ke Jepun (Osaka - Tokyo - Mibu, Tochigi - Kawaguchiko, Fuji)

Jepun seringkali dianggap sebagai destinasi percutian orang berada yang mempunyai banyak wang, bukan? Tapi kini ungkapan itu mungkin kurang relevan sekiranya uols bijak untuk merancang percutian uols.

Setelah lama tidak update blog, senanglah hati Ferr arini nak berkongsi segala pengalaman Ferr sepanjang bercuti ke negara matahari terbit pada tanggal 06/07/2018 sehingga 13/07/2018. Percutian selama 7 hari 6 malam ini segalanya dirancang oleh Ferr dan kawan travel Ferr sendiri 3 bulan sebelum melancong.

Tips paling berguna, banyakkan membuat research dan rajinkan membaca pengalaman mereka yang telah melancong ke Jepun di dalam internet terutamanya dari rakan-rakan blogspot. Sangat-sangat membantu.



So total untuk percutian Jepun 7 hari yang Ferr lalui tempohari berjumlah RM7000 seorang. Tapi ingat, RM7000 biarpun nampak mahal tapi dalam 7 hari sahaja kami telah pergi ke 4 buah wilayah/negeri iaitu Osaka, Tokyo, Yamanashi dan Tochigi. Dan jumlah itu termasuk kos kapal terbang Air Asia, JR Pass, penginapan sepanjang kami berada di sana, tiket ke dua taman tema terbesar di Jepun dan juga duit makan serta souvenirs. Jauh lebih murah sebenarnya jika memilih untuk mengambil mana-mana pakej yang ditawarkan di dalam laman maya yang disediakan tour agencies di Malaysia. Osaka sahaja 4 hari 3 malam biasanya di-caj RM4900!


Benda Wajib Ada Sekiranya Melancong Ke Jepun

Tiga benda di bawah ni Ferr rasa wajib ada sekiranya anda melancong ke Jepun.

JR Pass - Sekiranya anda kerap menggunakan keretapi/shinkasen dan biasanya JR Pass ini lebih berbaloi untuk dimiliki untuk perjalanan jarak jauh yang merentas wilayah. Contoh, dari Osaka ke Tokyo ke Hiroshima dan sebagainya. Sekiranya anda hanya memilih Osaka atau Tokyo sahaja untuk bercuti, tidak perlu untuk membeli pass ini. Pass ini hanya boleh dibeli di luar Jepun, maknanya uols perlu membeli pass ini lebih kurang satu bulan sebelum uols pergi melancong ke Jepun. Pass boleh dibeli di website/aplikasi Klook.

Travel Wifi - Travel Wifi kami beli dari Klook juga. Brand RoamingMan. Kemudian ambil sendiri di KLIA atau KLIA2 di kaunter RoamingMan. Travel Wifi ini boleh digunakan sebanyak 6 peranti/smartphone. Line 4G untuk 3g high speed data, tapi unlimited 3G untuk penggunaan selepas itu, setiap hari.

Icoca / Pasmo Card - Kad ini berbaloi beli sebab boleh digunakan sesuka hati di mana-mana line train yang terdapat di Jepun biarpun berbeza company. Hanya isi semula dan gunalah sesuka hati. Boleh juga digunakan di 7 Eleven dan juga Family Mart.


Kesemua benda di atas boleh di beli di website atau aplikasi Klook.

Foto Rafael Remy.

Itenerari 

6hb Julai 
Sampai di Osaka.
(Tukar JR Pass, Osaka Amazing Pass di Kansai Airport.)
Naik tren (Shinkansen)  ke Tokyo.
Check in di Tokyo. (Nakai,Shinjuku)

Sky Capsule Guest House, 
1 Chome-2-4 Nakai
Shinjuku-ku, Tōkyō-to 161-0035 Japan

Jalan-jalan di sekitar Nakai.


7hb Julai

Jalan jalan di sekitar Tokyo.
Shibuya. (Shibuya Crossing)
Akihabara. (Sega Building)
Sunshine City Alpha. (Pokemon Center Mega Tokyo)
Odaiba. (Divercity/Gundam)


8hb Julai
Disneyland Full Day.


9hb Julai
Jalan-jalan di Asakusa, Tokyo. (Asakusa Temple)
Bertolak ke Mibu, Tochigi. (Bandai Museum)
Bertolak ke Kawaguchiko, Fuji.
Check-in di Kawaguchiko.

Hotel Fuji Kawaguchiko Sou 
401-0301 Yamanashi, 
Fujikawaguchiko, Funatsu 7390-1, Japan


10hb Julai
Jalan-jalan di sekitar Kawaguchiko.
Lake Kawaguchiko. (Mount Fuji)
Pulang ke Tokyo.
Check-in semula di Tokyo.
(sepatutnya dari Tokyo terus gerak ke Osaka, tapi terlepas Shinkansen)


11hb Julai
Bertolak ke Osaka.
Check-in di Osaka. (Chuo,Osaka)

Chisun Inn Osaka Hommachi
2 Chome-3-8 Bakuromachi, Chuo, 
Osaka, Osaka Prefecture 541-0059, Japan

Jalan-jalan di sekitar Osaka.
Dotonbori. (Glico Man Sign)
Nipponbashi. (Kuromon Ichiba Market)


12hb Julai
Universal Studio Japan Full Day.


13hb Julai
Bergerak pulang ke Malaysia.


Bersambung ke bahagian seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Day 5 : Trip 7 Hari Ke Jepun (KAWAGUCHIKO, FUJI)

Alhamdulillah, da sampai hari ke 5 nampaknya. Banyak jugak yang Ferr belajar mengenai Jepun ni sepanjang 5 hari kat sini. Nanti Ferr akan co...