Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Monday, July 16, 2018

Itinerari DIY Trip 7 Hari Ke Jepun (Osaka - Tokyo - Mibu, Tochigi - Kawaguchiko, Fuji)

Jepun seringkali dianggap sebagai destinasi percutian orang berada yang mempunyai banyak wang, bukan? Tapi kini ungkapan itu mungkin kurang relevan sekiranya uols bijak untuk merancang percutian uols.

Setelah lama tidak update blog, senanglah hati Ferr arini nak berkongsi segala pengalaman Ferr sepanjang bercuti ke negara matahari terbit pada tanggal 06/07/2018 sehingga 13/07/2018. Percutian selama 7 hari 6 malam ini segalanya dirancang oleh Ferr dan kawan travel Ferr sendiri 3 bulan sebelum melancong.

Tips paling berguna, banyakkan membuat research dan rajinkan membaca pengalaman mereka yang telah melancong ke Jepun di dalam internet terutamanya dari rakan-rakan blogspot. Sangat-sangat membantu.



So total untuk percutian Jepun 7 hari yang Ferr lalui tempohari berjumlah RM7000 seorang. Tapi ingat, RM7000 biarpun nampak mahal tapi dalam 7 hari sahaja kami telah pergi ke 4 buah wilayah/negeri iaitu Osaka, Tokyo, Yamanashi dan Tochigi. Dan jumlah itu termasuk kos kapal terbang Air Asia, JR Pass, penginapan sepanjang kami berada di sana, tiket ke dua taman tema terbesar di Jepun dan juga duit makan serta souvenirs. Jauh lebih murah sebenarnya jika memilih untuk mengambil mana-mana pakej yang ditawarkan di dalam laman maya yang disediakan tour agencies di Malaysia. Osaka sahaja 4 hari 3 malam biasanya di-caj RM4900!


Benda Wajib Ada Sekiranya Melancong Ke Jepun

Tiga benda di bawah ni Ferr rasa wajib ada sekiranya anda melancong ke Jepun.

JR Pass - Sekiranya anda kerap menggunakan keretapi/shinkasen dan biasanya JR Pass ini lebih berbaloi untuk dimiliki untuk perjalanan jarak jauh yang merentas wilayah. Contoh, dari Osaka ke Tokyo ke Hiroshima dan sebagainya. Sekiranya anda hanya memilih Osaka atau Tokyo sahaja untuk bercuti, tidak perlu untuk membeli pass ini. Pass ini hanya boleh dibeli di luar Jepun, maknanya uols perlu membeli pass ini lebih kurang satu bulan sebelum uols pergi melancong ke Jepun. Pass boleh dibeli di website/aplikasi Klook.

Travel Wifi - Travel Wifi kami beli dari Klook juga. Brand RoamingMan. Kemudian ambil sendiri di KLIA atau KLIA2 di kaunter RoamingMan. Travel Wifi ini boleh digunakan sebanyak 6 peranti/smartphone. Line 4G untuk 3g high speed data, tapi unlimited 3G untuk penggunaan selepas itu, setiap hari.

Icoca / Pasmo Card - Kad ini berbaloi beli sebab boleh digunakan sesuka hati di mana-mana line train yang terdapat di Jepun biarpun berbeza company. Hanya isi semula dan gunalah sesuka hati. Boleh juga digunakan di 7 Eleven dan juga Family Mart.


Kesemua benda di atas boleh di beli di website atau aplikasi Klook.

Foto Rafael Remy.

Itenerari 

6hb Julai 
Sampai di Osaka.
(Tukar JR Pass, Osaka Amazing Pass di Kansai Airport.)
Naik tren (Shinkansen)  ke Tokyo.
Check in di Tokyo. (Nakai,Shinjuku)

Sky Capsule Guest House, 
1 Chome-2-4 Nakai
Shinjuku-ku, Tōkyō-to 161-0035 Japan

Jalan-jalan di sekitar Nakai.


7hb Julai

Jalan jalan di sekitar Tokyo.
Shibuya. (Shibuya Crossing)
Akihabara. (Sega Building)
Sunshine City Alpha. (Pokemon Center Mega Tokyo)
Odaiba. (Divercity/Gundam)


8hb Julai
Disneyland Full Day.


9hb Julai
Jalan-jalan di Asakusa, Tokyo. (Asakusa Temple)
Bertolak ke Mibu, Tochigi. (Bandai Museum)
Bertolak ke Kawaguchiko, Fuji.
Check-in di Kawaguchiko.

Hotel Fuji Kawaguchiko Sou 
401-0301 Yamanashi, 
Fujikawaguchiko, Funatsu 7390-1, Japan


10hb Julai
Jalan-jalan di sekitar Kawaguchiko.
Lake Kawaguchiko. (Mount Fuji)
Pulang ke Tokyo.
Check-in semula di Tokyo.
(sepatutnya dari Tokyo terus gerak ke Osaka, tapi terlepas Shinkansen)


11hb Julai
Bertolak ke Osaka.
Check-in di Osaka. (Chuo,Osaka)

Chisun Inn Osaka Hommachi
2 Chome-3-8 Bakuromachi, Chuo, 
Osaka, Osaka Prefecture 541-0059, Japan

Jalan-jalan di sekitar Osaka.
Dotonbori. (Glico Man Sign)
Nipponbashi. (Kuromon Ichiba Market)


12hb Julai
Universal Studio Japan Full Day.


13hb Julai
Bergerak pulang ke Malaysia.


Bersambung ke bahagian seterusnya.

Sunday, September 13, 2015

Pengalaman Apply US Visa Warga Malaysia Part 1

Assalamualaikum kepada smua yg duk2 jenguk lagi blog Ferr ni walaupun da delete smua entry. Hahaha. I'm back! Dulu tu da ilang mood nak menulis yer.. So, I'm back to open a new chapter for this blog and my life! Nak dijadikan citer, Ferr berpeluang melancong ke Las Vegas, Nevada yang terletak di negara Uncle Sam untuk menyaksikan Konsert Britney : Piece Of Me pada bulan Oktober ni. Syukur alhamdulillah, rezeki tuhan untuk Ferr yang merupakan peminat fanatik Britney sejak Ferr berumur 8 taun tau! Zaman Baby One More Time, katenyer!

Al-kisahnya, sebelum berlepas ke US, syarat utama yang paling penting untuk kita rakyat Malaysia ni adalah untuk memiliki Visa US. Sangat penting yer.. Entah bila la nak visa free kan... Bukan senang nak apply. Dan bukan senang plak diorang nak approve. Banyak sangat procedure, so kite sebagai rakyat Malaysia yang patuh ni kena la buat banyak koje skit sbelum brpeluang untuk menikmati percutian ke USA. Penat memang penat, tapi hasilnya sangatla berbaloi. So untuk post pengenalan dalam blog Ferr ni, I'm going to write my experience waktu nak apply US Visa, which happen about last two-three days before. Which is one of a few interesting moment in my life sbb x ramai ade experience nak apply visa US kan. Eh? Jadi berbesarlah hati Ferr arini nak menulis panjang lebar cara2 nak apply US Visa untuk rujukan smua yg nak visit US nnt.

Pertama tama, lebeh kurang a few weeks before, Ferr da get ready isi borang dalam US embassy website. Sila rujuk link ni :

http://www.ustraveldocs.com/my 


Baca dlu betul2, pahamkan, klu x paham pepandai la tanya kawan or google translate... baca ape yg related dgn korg la kan.. take ur time.. no rushing.. macam2 benda korg leh pahamkan pasal ape yg korg nak apply dalam link tu. Rujuk gambar bawah.



So bile kite da paham pasal visa ape yg kite perlukan untuk pergi ke US, kite kena isi  borang DS-160 yang sangat rumit. Caranya, kat gambar di atas tu, di ruangan kedua belah kira, bahagian Nonmigrant Visa Application, klik kat link Apply for a Visa tu, then ade link untuk ker borang DS-160. Sila rujuk gambar berikut:

https://ceac.state.gov/genniv/

Korg start by pilih location korg, x kisah la korg lahir kat Ipoh ker, Melaka ker, Jaybee ker, pilih je location Kuala Lumpur dalam tu k. Klu korg nak mula, klik Start An Application. Klu korg da penah isi pastu da save dlm website seblum ni, nk isi balik seblum submit, klik Retrieve An Application. Okey, pasni korg akan isi borang yang sangat2 memeningkan klu x baca betul2 dari mula seperti yg telah Ferr nasihatkan. Rasanya boleh kalah borang income tax tau! Penuh details. Koje mane? Bapak lahir kat mane? Ade famili x korg kat US? Korg kojer ape.. baper hinggit gaji korg... smua kena jawab. X bleh skip2 ok! Oh yer, jgn lupa pick nonmigrant visa type B1/B2 for Bussiness & Tourist! Sila pilih option tu k klu korg just nak pergi bercuti! Klu korg nak g study ke ape ker.. sila rujuk blog lain ahahaha.

I take a few days untuk isi sebab borg ni kena isi dengan extra precation uols.. sbb takut nanti2 kena edit balik ker lepas korg da submit, so naye jer nnt. Sbb borang ni klu da submit rasanya samada x boleh edit da or sgt rumit nak edit. So jgn trgesa2, take ur times to isi, klu x sure jawapan tu betul x.. and make sure korg ingat ID korg and password yer!

Smbil2 isi borg tu, sebelum korg submit, bolehla korg g kedai gambo kat kawasan berdekatan umah korg, ckp kat pakcik tokey kedai tu nak tangkat gambo untuk visa America, sbb visa America punyer standard gambo diorg lain, and background harus putih yer. Macam dalam kes Ferr nak tangkap gambor, pakcik kedai tu guna dinding kedai die jer. Macam PPRT sgt yer kekdahnyer dengan caj RM15 hahahaha. Nasib baikla menepati kriteria. Respect kat pakcik kedai walaupun ko poyo dan PPRT! Syukur!

Lepas da isi smua, gambor smua ada, da konfiden abes smuanya benar belaka... bru Ferr submit and then proceed to payment for the visa which is uols kena bayar certain amounts menggunakan bank Standard Chartered. Boleh bayar online maupun bank-in kat bank SC yg terdekat. Bayarannyer 160USD yg sekiranya diconvertkan ke RM boleh pitam dibuatnyer skrg ni berikutan nilai matawang kite jatuh giler babeng. Minggu sebelumnya Ferr check RM610, waktu tu just survey je dlu rege sbb tak submit lagi borg so just nak get ready dlu the money, senang. Lepas je Ferr da isi borg, Ferr submit and pastu nak gi bayo, tetiber jadik RM640 waktu Ferr da ready nak bayo! Beza RM30 di situ yer. Skrg pada 14/9 Ferr baru je check tadi, da RM672 da klu ikut website US Embassy! Thanks to Jibby Jajak la sbb x abes2 menyusahkan kite smua. Takziah buat smua yang baru nak apply!

Tadaa! Baru check tadi kat Google 14/9/2015!


So lepas da bayar (process bayaran mudah sajork) kat kaunter, kite balik umah, bukak PC and set time interview yang kite nak dekat laman web ni plak:

https://cgifederal.secure.force.com/?language=English&country=Malaysia


OK! A few tips untuk korg yang nak set appointment interview. Pastikan korang set seawal yang boleh. Sebab ape? Nanti Ferr citerkan pengalaman Ferr interview yang Ferr rasa sangat2 memudahkan segala urusan Ferr dengan berkat tuhan, syukur lagik! So, nantikan part sterusnya for more tips on how to apply visa US!

Day 5 : Trip 7 Hari Ke Jepun (KAWAGUCHIKO, FUJI)

Alhamdulillah, da sampai hari ke 5 nampaknya. Banyak jugak yang Ferr belajar mengenai Jepun ni sepanjang 5 hari kat sini. Nanti Ferr akan co...