SHIBUYA CROSSING
Tapi, kalau ke Tokyo... jangan lupa ke Shibuya di mana terletaknya Shibuya Crossing yang popular di seantero dunia tu. Lintasan penjalan kaki paling sibuk di dunia katenyer! Banyak movies yang pernah memaparkan Shibuya Crossing ni dalam filem diorg, terutamanya filem2 Hollywood. Antaranya filem Lost in Translation, The Fast and the Furious: Tokyo Drift, dan juga filem franchise Resident Evil: Afterlife/Retribution. Dalam filem seram Jepun Battle Royale final scene diorg pun filming kat Shibuya Crossing ni tau!
AKIHABARA
Selepas ke Shibuya, Ferr pergi plak ke area Akihabara untuk melihat Sega Building. Akihabara ni femes untuk barang2 elektronik diorg jer. Dan kat sini pun byk kedai2 anime, kedai game camtu.. sape2 yang suka anime boleh la pergi sini. Kalau x, skip pun boleh. Ferr kat sini pun tak lama. Lebih kurg sejam dua jer tu pun sbb nak tengok depan mata jer.
SUNSHINE CITY ALPHA (POKEMON CENTER MEGA)
Yang pastinya, selepas ke Akihabara ni, kitorang pun bertolak ke Sunshine City Alpha. Ape ade kat Sunshine City Alpha ni? Hah! Untuk semua peminat Pokemon, kat sini lah terletaknya Pokemon Center Mega Tokyo yang terbesar katenyer tu. Wajib pergi untuk semua peminat2 Pokemon, kalau tak pergi, tak lengkaplah hidup korg sebagai peminat dari kecik wehh. Kat sini, terdapat replika2 pokemon terutamanya Legendary Pokemon tapi takde la banyak mana. Pokemon Center ni lebih kepada kedai yang menjual pelbagai barangan official dari series Pokemon. Memang heaven giler ah kat sini bagi mereka yang membesar dengan Pikachu! Nanti kite olah panjang lebar kat special entry kenapa peminat Pokemon kena datang melawat kedai ni okey!
ODAIBA CITY (GUNDAM & STATUE OF LIBERTY)
Jalan punye jalan, silap naik tren semua, hari pun da hampir malam. Sakit kaki wooo. So balik hotel dlu, mandi wangi2, malam tu Ferr kluar balik bertolak ke Odaiba selepas makan malam. Odaiba ni yang speselnya pasal replika Gundam dan Statue of Liberty tu jer kat area situ. Shopping mall die tutup pukul 9 malam. Tu yg silapnya pasal trip ke Odaiba ni. Igtkan mall kat situ mcm Malaysia, tutup 10 malam. Entah la kat Jepun ni shopping mall diorg tutup awal giler. Apepun sempat la Ferr jengjalan kat situ smpai kul 11 tengok replika Statue of Liberty dan Gundam besar yang terletak kat luar bangunan shopping mall kat situ. Tapi tak sempat nak masuk jalan2 dalam DiverCity Plaza.
Hari pun dah lewat malam, Ferr pun bergerak pulang ke hotel. Berjumpa di entry yang seterusnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.