Sunday, July 22, 2018

Day 1 : Trip 7 Hari Ke Jepun ( Dari OSAKA ke TOKYO)

Pada tanggal 06/07/2018, pesawat yang Ferr naiki dari KLIA2 tiba di Kansai Airport, Osaka pada jam 4.00 petang. Sebenarnya flight dijadualkan sampai lebih kurang 3.30petang. Tetapi disebabkan angin yang agak kencang di sepanjang perjalanan kami telah melewatkan perjalanan. Tetapi it's okey. Janji sampai dengan selamat kan?

Sebaik saja tiba di airport dan lepas dari pemeriksaan kastam, kami jalan2 dlu di sekitar airport Kansai. Sebenarnyer tujuan jalan2 tu sebab nak cari smoking room, nak lepas gian merokok dlu. Smoking room (bagi sape2 yang merokok) terletak di aras luar airport, tepi tempat menunggu bas kat luar tu.

Lepas habis merokok, kami ke dalam balik mencari HIS Travel Agency untuk mendapatkan Osaka Amazing Pass 2 Days dan juga kad Icoca yang telah siap2 kami beli online sebelum tiba di Jepun. Kaunter HIS Travel kat sini melambak-lambak, jadi jangan bimbang kalau2 x jumper sebab konferm jumpe punya.

Selepas itu, kami pun bergegas mencari pejabat Japan Railway Company (JR) untuk mendapatkan JR Pass yang telah kami beli dari Malaysia melalui aplikasi Klook pula. Tunggu x lama pun, cuma kebetulan musim hujan lebat di Osaka, kami dimaklumkan petugas JR di sana bahawa banyak train JR yang tidak beroperasi sementara waktu dari Kansai Airport, termasuklah yang bergerak ke Shin Osaka Station! Fuh! Nasib baik da siap sedia Icoca Card, jadi kita pun terus la menuju ke kaunter Nankai dan bergerak menaiki train ke untuk ke Namba seterusnya menuju ke Umeda Station untuk ke Shin Osaka Station.

Dari Shin Osaka Station, kami pun mengeluarkan JR Pass yang kami sudah tukar siap-siap tadi untuk digunakan menaiki Shinkansen Hikari ke Tokyo yang memakan masa hampir 3 jam lamanya. Tak sampai 3 jam pun sebenarnya, dalam 2 jam 30 minit sahaja.

Sampai di Tokyo pada jam lebih kurang 11 malam lebih kurang, kami segera bergegas mendapatkan train menuju ke Nakai, Shinjuku - tempat penginapan kami sepanjang kami berada di Tokyo.

Sampai di Nakai pada pukul hampir 12 malam, kami pun check in di Sky Capsule Guest House. Biarpun ada nama Capsule di situ, ini bukan tempat tidur yang berbentuk kapsul yer. Bilik persendirian untuk dua orang. Sebenarnya Ferr booking homestay dari AirBnb di tengah bandaraya Shinjuku, tetapi memandangkan polisi baru Japan yang berkuatkuasa mulai 01/06/2018 di mana semua homestay atau hotel yang dipaparkan di laman web Airbnb perlu mempunyai lesen, kesemua booking berbayar di Airbnb yang telah Ferr book sebelum ke Jepun dibatalkan dan refunded seminggu sebelum Ferr berlepas ke Jepun. Bengang memang bengan tapi alhamdulillah, dipermudahkan juga urusan biarpun kebanyakan hotel telah penuh untuk tarikh yang Ferr pilih seminggu sebelum ke Jepun.

So, malam pertama kami setelah check-in hanya bersiar-siar di sekitar Nakai, Shinjuku. Baru Ferr ingat, terjumpa seorang gadis Malaysia elok berhijab di guest house yang sama sekitar jam 2 pagi ketika kami hendak berjalan-jalan di sekitar Nakai. Katanya pelajar di Jepun, menunggu solat Subuh di ruang lobby. Sempat la bersembang sikit2 dengan beliau, tapi tak sempat tanya nama. Balik ke guest house pukul 3.30 pun masih berjumpa dengan dia. Entah apa la dia buat sorang2 kat situ hahahaha. Kena tinggal dengan kawan agaknya.

Foto Syahrul Nizam Shafiie.

Nantikan entry seterusnya...


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Day 5 : Trip 7 Hari Ke Jepun (KAWAGUCHIKO, FUJI)

Alhamdulillah, da sampai hari ke 5 nampaknya. Banyak jugak yang Ferr belajar mengenai Jepun ni sepanjang 5 hari kat sini. Nanti Ferr akan co...