Sunday, July 29, 2018

Day 4 : Trip 7 Hari Ke Jepun (Dari ASAKUSA,TOKYO ke MIBU,TOCHIGI)

Hari ke 4 pun menjelang tiba. Fuh, pantasnyer! Jadi, hari ini Ferr plan nak ke Mibu, Tochigi sebelum bergerak ke Kawaguchiko, Fuji. Perjalanan memakan masa hampir 3 jam dari bandar Tokyo. Sebelum bergerak ke Mibu, sempatlah Ferr singgah sebentar di Asakusa, Tokyo kerana memang kena transit train dari situ untuk ke Tochigi. Sampai je ke Asakusa, berjalanlah Ferr ke Asakusa Temple yang sememangnya sangat dekat dengan train station di situ.

Asakusa Temple sememangnya popular di kalangan pelancong yang melawat Tokyo kerana terdapat banyak gerai yang menjual cenderamata yang berpatutan di hadapan kuil tersebut. Jadi, kalau nak beli souvenirs yang cantik2, murah plak tu... korang leh la singgah kat sini. Ferr pun tak lepaskan peluang membeli lukisan untuk mak bapak kat Malaysia. Cantik tau! Dan selepas puas berjalan dan membeli, jangan lupa singgah sat kat kuil tersebut. Bolehla tengok dan belajar serba sedikit budaya masyarakat Jepun di sana.

Foto Rafael Remy.

Then lepas jer da puas beli souvenirs skit2, Ferr pun bertolak naik train dari Asakusa Station ke Minami Kurihashi Station untuk menuju ke Omocha-no-Machi Station (Mibu). Ade ape kat Mibu, Tochigi tu? Yang sebenarnyer, yang beria2 nak pergi Tochigi tu kawan Ferr. Die peminat setia Masked Rider. Ape kena mengena Masked Rider dengan Tochigi? Hah satgi Ferr cerite yer.Train menuju Mibu, Tochigi mengambil masa 2 jam dan 36 minit dari Tokyo. Pergi ke Tochigi ni die x leh pakai JR Pass tau, kena sediakan Icoca card macam biase.

Sampai je kat Mibu, mula2 agak impress la sebab tengok ade laluan basikal/skate board kat area station tu, rupanya bile kluar je dari station tu... dah macam pekan cowboy! Sunyi sepi, macam pekan zombie pun ada. Rumah kat situ cantik2, tapi leh dikatakan mati sebab hampir smua kedai tutup dan agak susah nak lihat kelibat manusia dan kereta di pekan ni. Tak tau la kot2 diorg smua pergi kerja ke, wallahualam. Family Mart dan 7 Eleven pun x jumper kat sini.

Ok, sebenarnyer tujuan kami ke Tochigi adalah untuk melawat Bandai Museum, sebuah muzium yang dibina khas untuk peminat kartun2 terbitan Bandai. Muzium ni generally adalah muzium patung2 mainan yang dikeluarkan Bandai Corp dari zaman dahulu sehinggalah sekarang.

So kami pun jalan kaki dari station tu menuju ke Bandai Museum yang terletak hampir 20 minit dari stesen tersebut. Masa pun da makin suntuk, kitorang dah check siap2 waktu tamat operasi muzium Bandai pukul 4.30 petang. Tinggal lebih kurang 2 jam setengah jer untuk kitorang melawat kat situ memandangkan waktu sudah menunjukkan jam 2 petang. Langkah pun dipercepatkan. Tapi serius, ade dua tiga biji kereta je yang kami nampak sepanjang perjalanan menuju muzium tersebut lol. Rasa seram pun ada. Hahaha.

Foto Rafael Remy.

Sampai je di Bandai Museum, kami disambut mesra oleh receptionist di situ. Dari lagak gaya diorang, macam sangat teruja dengan kami. Mungkin sebab muzium tersebut agak sukar menerima kedatangan pelancong memandangkan kawasannya agak jauh dan terpinggir dari kawasan bandar.

Tiket masuk ke Bandai Museum ni berharga 1000 yen seorang. So bile dah bayar kita ape lagi? Jalan2 la tengok2 patung dalam muzium. Ade Gundam, Power Rangers, Masked Rider, Sailormoon dan sebagainya. Patung hantu pun ada tau. Memang agak creepy di dalam bilik yang menempatkan patung2 pelik tu. Ferr pun kena kacau ringan2 kat sana. Nampak lembaga hitam, tapi sepintas lalu jer la. Huhuhu.

Kami berada di sana sampailah jam 4.20petang. Tinggal 10 minit jer lagi muzium nak tutup so kami pun beredar balik. Hari pun dah lewat, kami menuju ke train station tersebut untuk bergerak balik ke Tokyo. Dari Tokyo, kena transit plak naik train ke stesen Kawaguchiko. Oh lupa nak habaq, kami sepatutnya check-in di Kawaguchiko hari ini. Tapi disebabkan beberapa masalah, kami tiba di Kawaguchiko pada pukul 12 tengah malam dan check-in di hotel kami pada pukul 1 pagi! Dapat tido kejap pun jadilah! Rehatkan badan skit2 sebelum kami tawaf Kawaguchiko Lake pada keesokan paginya! Jumpa di entry yang seterusnya!

Foto Rafael Remy.

Thursday, July 26, 2018

Day 3 : Trip 7 Hari Ke Jepun (DISNEYLAND,TOKYO)

Cepatnya hari berlalu, dah masuk hari ketiga rupanya! Biasela kan... kalau bercuti memang cepat jer rasa masa tu berjalan. Rasa macam, alamak... lagi empat hari jer kat Jepun! Kalau boleh tak nak masa tu berlalu pun, biar stop jer kat situ. Huhu.

Hari ketiga Ferr plan nak abeskan satu hari ni kat Disneyland. Actually, sebelum plan nak ke Disneyland... jenuh la duk Google, baca semua blog pasal Disneyland atau Disneysea. Buat comparison dlu. Hampir smua blog tulis pergi ke Disneysea. So, Ferr decide nak cuba jer Disneyland. Lagipun kan ke tu impian kita semua sejak kanak2 riang lagi nak ke Disneyland?

Nak dijadikan citer, Ferr pun bertolak ke Disneyland pada 08/07/2018. Alamak, baru perasan hari ni hari Ahad! Habisla penuh Disneyland tu nanti. Dah la bertolak ke sana hampir tengah hari. Ni semua sebab tersilap turun station, satu station sebelum Disneyland. So bile da silap turun stesen ape kita kena buat? Gunakanlah waktu tu sebaiknya. Ferr dan kawan Ferr pun pergila Family Mart, mamam dulu kat situ pastu baru naik tren ke Disneyland.

Da smpai ke Disneyland, memang teruja habis! Penuh dengan orang ramai lalu lalang, muzik dum dam dum dam, da rasa macam pesta! Dari jauh da nampak istana ikonik yang selalu kita tengok dalam movie2 Disney tu. Memang cantik sangat. Tak sabar nak tangkap gambar berlatar-belakangkan istana tu!

Foto Syahrul Nizam Shafiie.

Actually kalau korang nak ke Disneyland, jangan pilih hari Ahad. Memang ramai org la kan? Cuma Ferr saja je pilih hari Ahad sebab nak kan kemeriahan suasana kat Disneyland. Katenyer! Padahal Ferr tersilap plan sebab main letak jer pergi Disneyland hari ketiga, which is happen on Sunday. So kite layankan jer la.

Antara ride yg smpat Ferr main di dalam Disneyland ni, Splash Mountain which is sangat2 awesome, based on the cartoon titled Song of The South. Tapi nmpak mcm Peter Rabbit pun ada. Ah whatever la kan? Janji ride tu memang awesome. Tak caya? Cuba try! Tapi kalau korg pergi hari ramai orang macam Ferr lalui, memang kena beratur panjang la jawabnya. Nak tau berapa jam Ferr beratur sebab nak merasa naik ride ni? Dua jam! Dua jam lamanya kena tunggu sebelum naik, tapi seriously berbaloi!

"It's A Small World" pula, walaupun focus diorg more to budak2 sebab banyak giler patung yg comel2 in national custome dari pelbagai negara menyanyi2 comel (tapi sometime nampak creepy) sepanjang kita naik boat, pun tidak menghampakan. Btw, national custome Malaysia takde yer! Sedihhhh!

Snow White's Adventure pun tak kurang hebatnya walaupun bunyi macam girlish sangat. Serious talk, expectation tak tinggi pun sebelum masuk, tapi lepas masuk memang takkan dissapoint at all. What you expect? We are talking about Disneyland, sis. Semuanya awesome kat sini! Peter Pan's Flight pun awesome gak. Macam kite naik kapal dengan Peter, rasa real woohoo!

Tapi, yang paling awesome kat Disneyland bagi Ferr adalah ride Haunted Mansion! Rollercoaster di dalam rumah hantu terkenal based dari filem Haunted Mansion lakonan Eddie Murphy, grafik dan presentation diorang memang awesome! Hantu semua nampak real! Kan ker best kalau ada rumah hantu best camni kat Malaysia? Ni tak habis2 letak orang berlakon macam hantu pastu kita boleh main tumbuk2 atau tarik kain dia. Ahaks!

So disebabkan terlalu ramai orang, merasa la naik 5 6 rides jer kat Disneyland ni. Tapi okey la, still rasa best giler cuma tak puas. Parade Disneyland yang popular sangat tu pun Ferr merasa la depan mata tengok sendiri. Terbaik!

So pendapat Ferr sendiri, samada Disneyland or Disneysea, just go follow your heart. Tak payah percaya kat blog sangat. Rasai pengalaman tu sendiri, baru la kita tau best ke tak, betul tak? Bagi Ferr sendiri, Disneyland ni memang tak mengecewakan! Ada masa lagi, kita try Disneysea pulak!

Ferr pulang ke guest house lebih kurang pukul 11 malam baru sampai. Badan pun da letih, kita berjumpa di next chapter yer!

Foto Rafael Remy.

Foto Rafael Remy.

 Foto Rafael Remy.








Monday, July 23, 2018

Day 2 : Trip 7 Hari Ke Jepun (TOKYO)

So, hari kedua di Jepun ni, Ferr just decide nak jejalan di sekitar bandar Tokyo. To tell you guys the truth, Tokyo ni xde ape2 yg menarik sangat pun. Da nama pun bandar besar kan? Tak tau la kalau2 korg ni jenis suka bercuti tengok bangunan2 batu sana sini, pencakar langit what-so-ever yang berlambak2 kat KL tu.

SHIBUYA CROSSING

Tapi, kalau ke Tokyo... jangan lupa ke Shibuya di mana terletaknya Shibuya Crossing yang popular di seantero dunia tu. Lintasan penjalan kaki paling sibuk di dunia katenyer! Banyak movies yang pernah memaparkan Shibuya Crossing ni dalam filem diorg, terutamanya filem2 Hollywood. Antaranya filem Lost in Translation, The Fast and the Furious: Tokyo Drift, dan juga filem franchise Resident Evil: Afterlife/Retribution. Dalam filem seram Jepun Battle Royale final scene diorg pun filming kat Shibuya Crossing ni tau! 

Foto Rafael Remy.


AKIHABARA

Selepas ke Shibuya, Ferr pergi plak ke area Akihabara untuk melihat Sega Building. Akihabara ni femes untuk barang2 elektronik diorg jer. Dan kat sini pun byk kedai2 anime, kedai game camtu.. sape2 yang suka anime boleh la pergi sini. Kalau x, skip pun boleh. Ferr kat sini pun tak lama. Lebih kurg sejam dua jer tu pun sbb nak tengok depan mata jer.

Foto Rafael Remy.


SUNSHINE CITY ALPHA (POKEMON CENTER MEGA)

Yang pastinya, selepas ke Akihabara ni, kitorang pun bertolak ke Sunshine City Alpha. Ape ade kat Sunshine City Alpha ni? Hah! Untuk semua peminat Pokemon, kat sini lah terletaknya Pokemon Center Mega Tokyo yang terbesar katenyer tu. Wajib pergi untuk semua peminat2 Pokemon, kalau tak pergi, tak lengkaplah hidup korg sebagai peminat dari kecik wehh. Kat sini, terdapat replika2 pokemon terutamanya Legendary Pokemon tapi takde la banyak mana. Pokemon Center ni lebih kepada kedai yang menjual pelbagai barangan official dari series Pokemon. Memang heaven giler ah kat sini bagi mereka yang membesar dengan Pikachu! Nanti kite olah panjang lebar kat special entry kenapa peminat Pokemon kena datang melawat kedai ni okey!

Foto Rafael Remy.


ODAIBA CITY (GUNDAM & STATUE OF LIBERTY)

Jalan punye jalan, silap naik tren semua, hari pun da hampir malam. Sakit kaki wooo. So balik hotel dlu, mandi wangi2, malam tu Ferr kluar balik bertolak ke Odaiba selepas makan malam. Odaiba ni yang speselnya pasal replika Gundam dan Statue of Liberty tu jer kat area situ. Shopping mall die tutup pukul 9 malam. Tu yg silapnya pasal trip ke Odaiba ni. Igtkan mall kat situ mcm Malaysia, tutup 10 malam. Entah la kat Jepun ni shopping mall diorg tutup awal giler. Apepun sempat la Ferr jengjalan kat situ smpai kul 11 tengok replika Statue of Liberty dan Gundam besar yang terletak kat luar bangunan shopping mall kat situ. Tapi tak sempat nak masuk jalan2 dalam DiverCity Plaza.

Hari pun dah lewat malam, Ferr pun bergerak pulang ke hotel. Berjumpa di entry yang seterusnya.


Sunday, July 22, 2018

Day 1 : Trip 7 Hari Ke Jepun ( Dari OSAKA ke TOKYO)

Pada tanggal 06/07/2018, pesawat yang Ferr naiki dari KLIA2 tiba di Kansai Airport, Osaka pada jam 4.00 petang. Sebenarnya flight dijadualkan sampai lebih kurang 3.30petang. Tetapi disebabkan angin yang agak kencang di sepanjang perjalanan kami telah melewatkan perjalanan. Tetapi it's okey. Janji sampai dengan selamat kan?

Sebaik saja tiba di airport dan lepas dari pemeriksaan kastam, kami jalan2 dlu di sekitar airport Kansai. Sebenarnyer tujuan jalan2 tu sebab nak cari smoking room, nak lepas gian merokok dlu. Smoking room (bagi sape2 yang merokok) terletak di aras luar airport, tepi tempat menunggu bas kat luar tu.

Lepas habis merokok, kami ke dalam balik mencari HIS Travel Agency untuk mendapatkan Osaka Amazing Pass 2 Days dan juga kad Icoca yang telah siap2 kami beli online sebelum tiba di Jepun. Kaunter HIS Travel kat sini melambak-lambak, jadi jangan bimbang kalau2 x jumper sebab konferm jumpe punya.

Selepas itu, kami pun bergegas mencari pejabat Japan Railway Company (JR) untuk mendapatkan JR Pass yang telah kami beli dari Malaysia melalui aplikasi Klook pula. Tunggu x lama pun, cuma kebetulan musim hujan lebat di Osaka, kami dimaklumkan petugas JR di sana bahawa banyak train JR yang tidak beroperasi sementara waktu dari Kansai Airport, termasuklah yang bergerak ke Shin Osaka Station! Fuh! Nasib baik da siap sedia Icoca Card, jadi kita pun terus la menuju ke kaunter Nankai dan bergerak menaiki train ke untuk ke Namba seterusnya menuju ke Umeda Station untuk ke Shin Osaka Station.

Dari Shin Osaka Station, kami pun mengeluarkan JR Pass yang kami sudah tukar siap-siap tadi untuk digunakan menaiki Shinkansen Hikari ke Tokyo yang memakan masa hampir 3 jam lamanya. Tak sampai 3 jam pun sebenarnya, dalam 2 jam 30 minit sahaja.

Sampai di Tokyo pada jam lebih kurang 11 malam lebih kurang, kami segera bergegas mendapatkan train menuju ke Nakai, Shinjuku - tempat penginapan kami sepanjang kami berada di Tokyo.

Sampai di Nakai pada pukul hampir 12 malam, kami pun check in di Sky Capsule Guest House. Biarpun ada nama Capsule di situ, ini bukan tempat tidur yang berbentuk kapsul yer. Bilik persendirian untuk dua orang. Sebenarnya Ferr booking homestay dari AirBnb di tengah bandaraya Shinjuku, tetapi memandangkan polisi baru Japan yang berkuatkuasa mulai 01/06/2018 di mana semua homestay atau hotel yang dipaparkan di laman web Airbnb perlu mempunyai lesen, kesemua booking berbayar di Airbnb yang telah Ferr book sebelum ke Jepun dibatalkan dan refunded seminggu sebelum Ferr berlepas ke Jepun. Bengang memang bengan tapi alhamdulillah, dipermudahkan juga urusan biarpun kebanyakan hotel telah penuh untuk tarikh yang Ferr pilih seminggu sebelum ke Jepun.

So, malam pertama kami setelah check-in hanya bersiar-siar di sekitar Nakai, Shinjuku. Baru Ferr ingat, terjumpa seorang gadis Malaysia elok berhijab di guest house yang sama sekitar jam 2 pagi ketika kami hendak berjalan-jalan di sekitar Nakai. Katanya pelajar di Jepun, menunggu solat Subuh di ruang lobby. Sempat la bersembang sikit2 dengan beliau, tapi tak sempat tanya nama. Balik ke guest house pukul 3.30 pun masih berjumpa dengan dia. Entah apa la dia buat sorang2 kat situ hahahaha. Kena tinggal dengan kawan agaknya.

Foto Syahrul Nizam Shafiie.

Nantikan entry seterusnya...


Friday, July 20, 2018

Universal Studio Japan, Osaka - Review

Disebabkan kite berpeluang merasa hampir kesemua rides and attractions kat Universal Studio Japan, berikut adalah senarai top5 dan review sepanjang berada di sana hampir 12 jam lamanya. Lol. Kita mulakan dengan tangga kelima menuju ke tangga pertama.

Foto Rafael Remy.

5. The Amazing Adventure of Spiderman
Rollercoaster in a building yang disertakan dengan kaca mata 3 Dimensi dan 4K visual. Naik seat rollercoaster berbentuk kereta, part final kereta yang kita naiki hampir terjunam ke bawah tapi last2 diselamatkan oleh Spiderman! Siyes rasa real gile, boleh terbuat jantung terhenti sat dibuatnya lol. 

4. Hollywood Dream - The Ride
Rollercoaster outdoor yang terbesar di USJ. Boleh pilih jenis rollercoaster yg kita nak naik, samada mengadap depan atau belakang. Remy dpt seat kat tepi, depan sekali so memang rasa dup dap mula2 tapi bila da gerak kite enjoy! 

3. Minion Mayhem
Pun best gak, rollercoaster indoor dengan gambar grafik memang gempak habis. Naik kenderaan ala2 kereta terbang Minion, sambil2 dilatih untuk mnjadi ahli Minion, kereta kena bump sana sini ke atas, bawah, depan, belakang langgar Minion sana sini memang syok.

2. Evangelion Roller Coaster POV (VR)
Evangelion ni anime dari Jepun. Tak sure pasal apa, tapi rollercoaster indoor ni memang mencabar dan antara yang terbaik. Konon2 kita telah dipilih untuk misi save the world and survival. Seat rollercoaster seakan2 menaiki pesawat jet dan dipasangkan VR kat mata... kita seolah2 menaiki pesawat yang perlu menyelamatkan bumi dan diri sendiri dari kemusnahan dunia dari rasaksa.

1. Harry Potter and the Forbidden Journey
What else to say? Kita naik rollercoaster indoor yang berlatarbelakangkan visual Harry Potter and friends yang membawa kita menjelajah dunia penuh fantasi dan magik terbang menaiki penyapu ajaib, melihat kehebatan Harry melaksanakan misi, hampir langgar dinding, curam yang tinggi dan sebagainya.


Kesemua ride di atas tidak sesuai untuk mereka yang gayat atau mempunyai masalah jantung. Ride2 lain yang tak kurang hebatnya, The Flying Dinosour, Jurassic Park The Ride, Jaws, etc. Juga berpeluang menyaksikan Sailormoon 4D yang mengimbau kenangan waktu kecik2 dahulu. 

Tuesday, July 17, 2018

Tips & Trick Untuk Melancong Ke Jepun

Berikut adalah serba sedikit tip dan juga trick dari Ferr sekiranya anda ingin melancong ke negara Jepun.

1. Rajinkan membaca blog dan membuat research mengenai negara matahari terbit dan membuat research. Paling penting, cuba untuk plan itenerari anda sendiri.

2. Booking tiket kapal terbang/hotel empat atau lima bulan lebih awal sebelum melancong sekiranya bajet tidak mencukupi. Lebih awal lebih bagus. Dengan itu, anda boleh bajet menggunakan gaji bulanan anda sekiranya sukar untuk menyimpan duit dan tidak terlalu terbeban dengan kos serta sara hidup anda sepanjang berada di Jepun.

3. Gunakan skyscanner.com untuk mencari tiket kapal terbang murah ke Jepun. Website ini sememangnya menjadi kegemaran kaki travel di serata dunia untuk mencari tiket flight yang paling murah!

4. Gunakan aplikasi atau website AirBnb, Traveloka, Agoda dsb. untuk mencari penginapan yang murah mengikut bajet anda.

5. Pengangkutan utama di Jepun adalah train. Tetapi jadual dan sistem keretapi di Jepun agak rumit dan payah difahami sekiranya anda tidak membuat research. Gunakan aplikasi/website Hyperdia untuk maklumat dan cara perjalanan anda sepanjang berada di Jepun. Paling tidak, gunakan Google Maps.

6. Banyakkan bersenam sebelum bertolak ke Jepun. Kita akan banyak menggunakan kedua belah kaki kita untuk berjalan ke sana sini, mengejar train, serta menuju ke sesuatu lokasi. Stamina diri amat penting yer.

7. Respect budaya dan bangsa Jepun. Orang Jepun memang pantang kalau makan dan minum sambil berjalan (sila berhenti untuk menikmati makanan), merokok di sana sini (pastikan merokok hanya di kawasan merokok yang disediakan), membuang sampah di merata tempat (agak sukar mencari tong sampah di Jepun terutamanya di Tokyo tetapi bandarnya sangat bersih dan lori sampahnya tidak berbau!) dan membuat bising di dalam train (kurangkan bersembang terutamanya di waktu pagi kerana kebanyakan mereka masih mamai untuk ke office). Orang Jepun juga kebanyakkannya tidak suka bunyi bising selepas pukul 9 malam ke atas.

8. Tukar duit siap-siap sebelum terbang ke Jepun. Lebih tinggi nilainya dan memudahkan diri anda.

9. Aktifkan kad bank anda untuk international withdrawal. Penting untuk kecemasan.

10. Jangan lupa wifi device. Kalau lupa, memang payah la nak travel ke sana sini di Jepun. Tapi jangan bimbang, anda masih boleh mencari 7 Eleven, Family Mart mahupun shopping mall atau stesen keretapi untuk menggunakan free wifi yang disediakan kerajaan Jepun di sana nanti.

Selamat bercuti!

Foto Rafael Remy.

Monday, July 16, 2018

Itinerari DIY Trip 7 Hari Ke Jepun (Osaka - Tokyo - Mibu, Tochigi - Kawaguchiko, Fuji)

Jepun seringkali dianggap sebagai destinasi percutian orang berada yang mempunyai banyak wang, bukan? Tapi kini ungkapan itu mungkin kurang relevan sekiranya uols bijak untuk merancang percutian uols.

Setelah lama tidak update blog, senanglah hati Ferr arini nak berkongsi segala pengalaman Ferr sepanjang bercuti ke negara matahari terbit pada tanggal 06/07/2018 sehingga 13/07/2018. Percutian selama 7 hari 6 malam ini segalanya dirancang oleh Ferr dan kawan travel Ferr sendiri 3 bulan sebelum melancong.

Tips paling berguna, banyakkan membuat research dan rajinkan membaca pengalaman mereka yang telah melancong ke Jepun di dalam internet terutamanya dari rakan-rakan blogspot. Sangat-sangat membantu.



So total untuk percutian Jepun 7 hari yang Ferr lalui tempohari berjumlah RM7000 seorang. Tapi ingat, RM7000 biarpun nampak mahal tapi dalam 7 hari sahaja kami telah pergi ke 4 buah wilayah/negeri iaitu Osaka, Tokyo, Yamanashi dan Tochigi. Dan jumlah itu termasuk kos kapal terbang Air Asia, JR Pass, penginapan sepanjang kami berada di sana, tiket ke dua taman tema terbesar di Jepun dan juga duit makan serta souvenirs. Jauh lebih murah sebenarnya jika memilih untuk mengambil mana-mana pakej yang ditawarkan di dalam laman maya yang disediakan tour agencies di Malaysia. Osaka sahaja 4 hari 3 malam biasanya di-caj RM4900!


Benda Wajib Ada Sekiranya Melancong Ke Jepun

Tiga benda di bawah ni Ferr rasa wajib ada sekiranya anda melancong ke Jepun.

JR Pass - Sekiranya anda kerap menggunakan keretapi/shinkasen dan biasanya JR Pass ini lebih berbaloi untuk dimiliki untuk perjalanan jarak jauh yang merentas wilayah. Contoh, dari Osaka ke Tokyo ke Hiroshima dan sebagainya. Sekiranya anda hanya memilih Osaka atau Tokyo sahaja untuk bercuti, tidak perlu untuk membeli pass ini. Pass ini hanya boleh dibeli di luar Jepun, maknanya uols perlu membeli pass ini lebih kurang satu bulan sebelum uols pergi melancong ke Jepun. Pass boleh dibeli di website/aplikasi Klook.

Travel Wifi - Travel Wifi kami beli dari Klook juga. Brand RoamingMan. Kemudian ambil sendiri di KLIA atau KLIA2 di kaunter RoamingMan. Travel Wifi ini boleh digunakan sebanyak 6 peranti/smartphone. Line 4G untuk 3g high speed data, tapi unlimited 3G untuk penggunaan selepas itu, setiap hari.

Icoca / Pasmo Card - Kad ini berbaloi beli sebab boleh digunakan sesuka hati di mana-mana line train yang terdapat di Jepun biarpun berbeza company. Hanya isi semula dan gunalah sesuka hati. Boleh juga digunakan di 7 Eleven dan juga Family Mart.


Kesemua benda di atas boleh di beli di website atau aplikasi Klook.

Foto Rafael Remy.

Itenerari 

6hb Julai 
Sampai di Osaka.
(Tukar JR Pass, Osaka Amazing Pass di Kansai Airport.)
Naik tren (Shinkansen)  ke Tokyo.
Check in di Tokyo. (Nakai,Shinjuku)

Sky Capsule Guest House, 
1 Chome-2-4 Nakai
Shinjuku-ku, Tōkyō-to 161-0035 Japan

Jalan-jalan di sekitar Nakai.


7hb Julai

Jalan jalan di sekitar Tokyo.
Shibuya. (Shibuya Crossing)
Akihabara. (Sega Building)
Sunshine City Alpha. (Pokemon Center Mega Tokyo)
Odaiba. (Divercity/Gundam)


8hb Julai
Disneyland Full Day.


9hb Julai
Jalan-jalan di Asakusa, Tokyo. (Asakusa Temple)
Bertolak ke Mibu, Tochigi. (Bandai Museum)
Bertolak ke Kawaguchiko, Fuji.
Check-in di Kawaguchiko.

Hotel Fuji Kawaguchiko Sou 
401-0301 Yamanashi, 
Fujikawaguchiko, Funatsu 7390-1, Japan


10hb Julai
Jalan-jalan di sekitar Kawaguchiko.
Lake Kawaguchiko. (Mount Fuji)
Pulang ke Tokyo.
Check-in semula di Tokyo.
(sepatutnya dari Tokyo terus gerak ke Osaka, tapi terlepas Shinkansen)


11hb Julai
Bertolak ke Osaka.
Check-in di Osaka. (Chuo,Osaka)

Chisun Inn Osaka Hommachi
2 Chome-3-8 Bakuromachi, Chuo, 
Osaka, Osaka Prefecture 541-0059, Japan

Jalan-jalan di sekitar Osaka.
Dotonbori. (Glico Man Sign)
Nipponbashi. (Kuromon Ichiba Market)


12hb Julai
Universal Studio Japan Full Day.


13hb Julai
Bergerak pulang ke Malaysia.


Bersambung ke bahagian seterusnya.

Day 5 : Trip 7 Hari Ke Jepun (KAWAGUCHIKO, FUJI)

Alhamdulillah, da sampai hari ke 5 nampaknya. Banyak jugak yang Ferr belajar mengenai Jepun ni sepanjang 5 hari kat sini. Nanti Ferr akan co...